Kontroversi Ombak Rindu (filem)

Kontroversi berlaku apabila penulis novel ini, Fauziah Ashari, mendakwa beliau tidak mendapat bayaran yang setimpal berdasarkan kutipan filem yang pecah panggung. Selain itu, beliau turut menyatakan bahawa beliau tidak dipanggil dalam menjadi penasihat dalam penghasilan skrip malah tidak dipanggil untuk menjadi penulis lakon layar kepada filem ini[6].

Namun kenyataan beliau itu ditangkis oleh Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub. Beliau telah menyatakan bahawa proses mengadaptasi novel ke skrip filem sudah dilakukan sejak 2009. Beliau turut menjawab dakwaan penulis tidak mendapat bayaran setimpal kerana pihak beliau sudah memberikan wang sejumlah hampir RM 200,000 sebagai bayaran royalti. Selain itu, hasil jualan yang meningkat akibat fenomena filem tersebut akan diberikan royalti kepada penulis buku tersebut[7].

Pada mulanya, Remy Ishak yang menggalas watak Hariz, tetapi disebabkan jadual pengambaraan bertembung dengan program umrahnya, beliau diganti oleh Aaron Aziz.[8]

Rujukan

WikiPedia: Ombak Rindu (filem) http://perangfilem1.blogspot.com/2012/10/keputusan... http://rossacalla.blogspot.com/2013/06/keputusan-p... http://www.imdb.com/title/tt2127335/ http://www.malaysiandigest.com/entertainment/12808... http://my.entertainment.yahoo.com/news/bayaran-pen... http://yusufultraman.com/2011/12/kutipan-terkini-f... http://www.astrogempak.com.my/anugerahblokbuster/L... http://www.gua.com.my/berita-artis/Songlap_Filem_T... http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Kami__82... http://www.hmetro.com.my/node/47491?m=1